Isnin, Oktober 31, 2011

fillet ikan with caramelized orange sauce..pergh kemain aku..

bajet macam finalis masterchef, pastu nak ngorat chef rizz yang berwibawa tu.kikiki..
oh ye, laki aku eksiden jatuh motor semalam.jadinye, hari ini beliau mc kerana habis kaki kirinya bercalar balar berdarah...ish, ciann..

lupekan itu.hari ini mahu mentulis tentang masakan masterchef ciptaan saye.kirenye, aku tengah menjalani invention test la kunun..chuih!

so, tajuk lauk yang menjadi pujaan saya untuk dicipta semalam ialah, kepingan ikan bersama sos karamel oren dan bawang. haa...hambek.punye panjang.

untuk resepi yang tak seberapa ni, korang memerlukan:
bahan utk sos
1 biji oren (diperah jusnya)
sedikit kulit oren yang digilis...(gilis?) gasak, aku tak jumpe pekataan lain.
sebiji bawang holland (yg wane kuning tu) dihiris
sedikit tepung jagung
sedikit air
gula n garam secukup rasa

bahan utk ikan
kepingan ikan (diperap dengan garam n lada hitam)

ok! time to cook!!
cara-cara:
memula sekali adalah perapan kome sume pada ikan tadi perlulah lama supaya rasa lada hitam dapat meresap dengan sempurna.eceh!
then, gunekan frying pan, tapi minyak hanyalah sedikitttt sahaja. kalau boleh sapukan mentega pada kuali. kite taknak banyak minyak. faham? bagus.
untuk kedua-dua side ikan tadi, hanya goreng dalam mase 5minit sahaja.kalau dah nampak perang2 sikit, then it's perfect. pepandai je aku bg tips.
ok, now korang punye ikan leh letak tepi.

kite beralih pulak ke cara2 buat sos karamel tadi.
untuk garnish bawang/carrot, korang goreng bersama2 dengan gula sikit n air dlm 2 sudu besar. 
masak sampai kekuningan keemasan. (goldish brown la kirenye)
tepikan.
tepi sikit.

untuk sos oren tadi, perahan jus tadi masukkan dalam periuk, sedikit air n gula. tambah garam kalau rase perlu sahaje ok. then, masukkan hirisan kulit oren ke dalam sos tadi. 
tak pekatkan?
sebab tu kene masukkan 1/2 sudu tepung jagung kacau sampai jadi kepekatan die just nice untuk buat dip.
ok?

kalau ok, kepingan ikan tadi korang platedkan la cantik2. letak caramelized carrot n bawang atas kepingan ikan, akhir skali tuang sos kat atasnye..


that's it! korang dah leh masuk masterchef dah!!! :)))) selamat mencuba. kot2 tak jadi jangan serang aku pulak ye.;p


Rabu, Oktober 26, 2011

nenek2 si bongkok tiga

malam semalam penuh tragedi, tragedi pulak bersambung hari ini...huwaaa...T_T

dengan kisah terkunci dalam rumah, smpi jiran2 datang mai pecahkan pintu..technician plak sejam lebih call tak datang2.(ko leh bantai tido pulak kan...mengong.)

pastu pinggang aku leh tergeliat pulak dari malam tadi. agaknye kelam kabut, panik sgt kes semalam, dukung anak buah aku lagi...
laki aku lak, leh gelakkan aku pepagi tadi...aigoo

hari ni, pergi ke sekolah dengan ekspresi paling pura2 tahan sakit yang teramat sangat. kenela tunjuk macho depan students, takkan nak buat2 bongkok depan dorang. tak kool la beb!

Selasa, Oktober 25, 2011

jangan buat prangai gini deh!

just got back from bukit bintang temankan my bro bought his super expensive mencekik2 headphone. fuhh! budak itu..sungguh dahsyat!

aku membayangkan standard headphone bebudak yang masih belajar ini adalah price rangenye sekitar rm50-rm100 (which is already quiet pricey for me). tapi tidak2x...

headphone yang my bro bought just now is a heisenser (mungkin..) model precision. sampai lowyat, he went directly to macstudio. (time ni aku dah agak dah, kompem mahal harge headphone budak ni.) first headphone yang menjadi pojaan die, regenye rm699. ye, saya repeat ok..RM699!!! choi!
aku tengok die da ngange2 dah.
camnilah lebeh kurang dialog aku ngan die.
adik aku: ok tak ni yan?
aku: ko tanye eyan. memang blurla pasal gajet2 nih.ko nak beli mane satu?
adik aku: nih. (die tunjuk yang rm699 tu)
aku: @_@ ko ni betul ke tak betul??? wak lu...mahal gile!
pening terus aku..

aku ckp kat die, kite p tengok kedai lain ar. then, die ckp ade satu kedai lain, depan loyat. aku ingat kedai biase la.skalinye...another macstudio! aigoo...

belek2..ade satu headphone ni. die try test cube bagai..die cam puashati gak la.regenye? separuh yang 1st tadi. T_T

so, die tanye aku, mane satu, yang 2nd ke yang 1st. aku pon ckpla, klau eyan, bek eyan beli yang rm89 ni. muahahaha...kompemla die tanak kan...

aku ckp kat die, klu tanye orang normal manepun, klu diberi pilihan antara 2 tu, u better take the 2nd one. still u can listen to some good music right? ayayayai...adik aku..

moral of the story, kepada adik2 saye yang masih belajar lagi, jimat2la duit tu ye..bile dah keje, then u know the value of ur money...if u still have some.aihh...

jangan membazir okeh..

Selasa, Oktober 18, 2011

Allah itu Maha Pemurah, manusia tu je yang kedekut...

saye mempunyai masalah untuk menjawab soalan2 yang saya sendiri tak tahu bile, kenapa dan bagaimana.
ANAK. sape yang taknak anak? semua orang yang dah kawin mesti nak anak. saye n suami pon. tapi, mcm post yang sebelum ni, rezeki kami belum sampai, dan saye taktau bile.

kenapa pon saye takleh nak jawab. mungkin kami banyak dosa yang belum mendapat keampunanNya sehingga Dia mahu memberi kami anak. mungkin kami lalai lupe kepadaNya, atau mungkin rezeki bukan hari ni, bukan esok, lusa atau tulat.mungkin tahun depan, atau mungkin takkan ade anak lahir dari keturunan kami. nauzubillah..tapi mungkin Dia tak bagi rezeki anak kepada kami,maka digantikannya dengan rezeki lain? nikmat kasih sayang dari keluarga? nikmat kasih sayang yang tak pernah putus antara kami suami isteri? mungkin...semua tu ade kemungkinan..
tapi, soalannya..

siapa kita untuk meneka, membuat tilikan untuk masa depan? kite bukan sape2. kita hanya hambaNya. yang sudah berzaman-zaman dan berkali-kali diberi peringatan untuk mengingatiNya. Allahuakbar...

hari ini, sahabat saya bersedih. die juga punya masalah seperti saye. dia mengadu bahawa hati sedang berduka dan apa ubatnya...

maka, hati saya yang sedang berduka ini juga teringat...

surah al-kauthar yang menjadi sunnah nabi kita s.a.w untuk menggembirakan hatinya yang bersedih..

سورة الكوثر
SURAH AL-KAUTHAR
Surah Ni’mat Yang Banyak
Surah (108) - Makkiyah - 3 ayat
بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
( إِنَّا َأعْ َ طيْنَاكَ الْ َ كوَْثرَ ( 1
1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai
Muhammad) ni'mat yang melimpah-ruah.
( َفصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ( 2
2. Kerana itu dirikanlah solah dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana
Tuhanmu.
( إِنَّ شَانَِئكَ هُوَ الَْأبْتَرُ ( 3
3. Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus
keturunan.
Surah ini dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. sama seperti Surah Ad-
Duha dan Surah al-Inshirah. Dalam surah ini Allah hiburkan Rasul-Nya dan
menjanjikannya dengan ni'mat kebaikan yang limpah dan mengancamkan
musuhnya dengan mala-petaka keputusan keturunan dan mengarahkannya
ke jalan bersyukur. Kerana itu surah ini merupakan satu gambaran dari
kehidupan da'wah dan kehidupan penda'wah pada zaman permulaan Islam
di Makkah, iaitu satu gambaran dari angkara dan gangguan-gangguan yang
dihadapi Nabi s.a.w. dan da'wah yang disampaikannya, juga satu gambaran
dari pemeliharaan dan naungan Allah terhadap hamba-Nya dan sekumpulan
para mu'min yang kecil. Allah meneguhkan hati Rasul-Nya, menenangkan
fikirannya memberi janji yang baik kepadanya dan mengancamkan
musuhnya dengan mala-petaka.