Rabu, April 27, 2011

tak bersuara bukan bermaksud saya takda idea.

slalu orang cakap, (bila di dalam perbincangan, ada ahli yang senyap) ahli yang senyap membisu itu kurang ideanya, tak reti apa, kepala takleh pakai. yela, kawan tengah hangat bincang isu macam2 kan. (ops, bukan mengumpat ye, berbincang...) hmm

yang senyap itu juga mungkin disalah tafsir barangkali (bila di luar perbincangan, tanpa si ahli itu hadir), dikatakan
1. 'ish, die ni spy kot nih.duk dengar je...' ,
atau pun,
2. ' busan dowh sembang ngan die, bukan reti ape pun.senyaaap je...',
mungkin jugak ,
3. 'eh, budak ni bukan leh geng ngan kite.kite havoc, tak happening la kalau geng kite ade yang senyap..'

...................
 mungkin la kan...aku tak cakap betul2 jadi pon..

kalau ade yang perasan, dah lame aku tak tulis entri. lame gile kot. tapi dalam dunia blog ni, aku wujud lagi, masih lagi aktif berblogwalking secara senyap.
aku nah baca, nak jadikan traffic blog ko mantop, mencanak2 naik, kene slalu promote n entri pon kene hebat.

tapi....hebat itu hebat yang bagaimana? jadi, aku konklusikan hebat yang dikatakan itu, adalah apabila entri yang ditulis mendapat banyak komen, dan 'like' dari readers. (ye la, tak hebat orang tak bace. ye dak?)

kawan aku cakap, buat entri biarla entri yang membina, bermanfaat, ada pengisian, punya hala tuju entri yang dibuat. fuhh! banyak gak yang kene difikirkan nak buat entri nih.

teringat pulak mase blogwalking bulan lepas. dah nasib aku tersampai di satu blog anak remaja (budak sekolah). tajuk entri sangat catchy, otomatiknya menarik perhatian aku untuk baca. susunan plot entri bagus, menceritakan bagaimana perjalanan blogger tersebut yang nak balik kampung. bila di tengah2 entri, aku terfikir, "masih belum sampai klimaks cerita ke? rase2nye scroll down button aku da hampir habis."
takpe, teruskan je.....sampaila aku kat titik noktah.

ceritanya? hmm, hanya bercerita apa yang dibeli di shell ketika dia balik kampung. wat de...???


menung panjang aku. jadi, di mana pengisian cerita tersebut? apa yang bermanfaatnya? entri itu sengaja ditulis ke? ataupun sebab kehabisan idea? pada aku, baiklah senyap jika tiada idea. kalau da tau takde idea nak tulis ape2, tapi tangan duk gatal nak tulis jugak, entri itu nanti hanya akan mengundang meluat orang pada kita. 


aku senyap, entri lame tak buat bukan sebab aku tkde idea. sebab aku memerhati. dunia blog yang aku masuk tahun 2007 dulu bukan lagi dunia blog yang skarang. (tanda diri sendiri dah seasoned). takpelah, dunia da maju, zaman pun da berubah...


so, pada aku, biarlah senyap dari merapu tak tentu pasal. a question popped out as i'm about to finish this entry, : "pernah tak baca balik entri korang sebelum publish?"


sebab, pada aku.if u ever have the time to re-read your penulisan, then u'll know the quality of it.

Jumaat, April 15, 2011

kalau kita rase malas nak kerja...

aku suka jadi cikgu. tapi kadang2 aku rase menyampah dengan birokrasi yang wujud, menyampah dengan anak2 didik yang kurang ajar, tak ikut cakap, meluat dengan kerja yang bertimbun2 atas meja.

bila balik rumah, penat2...kadang2 aku rase hilang sabar bila memikirkan masih banyak lagi rupanya kerja yang menunggu aku di rumah. mana nak melayan sang suami yang itu ini meminta dilayankan..mana nak menyiapkan kerja sekolah yang terpaksa dipikul balik sambung di rumah. nak memikirkan apa pula fe'el murid yang aku nak kena hadapi esok harinya...

pendek kata, aku banyak mengeluh...merungut..berkeluh kesah..
sampaila hari ini, bila kala aku 'ter'dengar (bukan mendengar) T.T tazkirah di radio dalam perjalananku ke sekolah, seroang ustaz bercerita tentang sebuah hadis.

dalam sebuah hadis itu menceritakan tentang Mu'az bin Jabal yang bersalaman dengan Rasulullah s.a.w. baginda bertanyakan kepada Mu'az kenapa kedua telapak tangannya kasar.. Lalu Mu'az pun menjawab, "aku menggunakannya untuk menghayun kapak membelah kayu ya Rasul Allah s.a.w." Baginda lalu menjawab, " Sesungguhnya kedua tapak tanganmu ini dikasihi Allah s.w.t."
> seberat, sepayah, seletih mana pun pekerjaan kamu, ingatlah, jika ianya disandarkan atas niat mencari rezeki yang halal, Allah akan menyediakan ganjaran untuk kita..inshaallah..(sempena Hari Pekerja akan datang..)

terfikir kejap. selama ini, aku tak pernah memulakan perjalananku ke sekolah dengan hati yang senang. sebab aku hanya memikirkan kesusahan, kedegilan pelajar2 yang bakal aku lalui setiap hari..tak pernah sehari pon aku berfikir akan ganjaran yang Dia sebenarnya sudah menyediakan hadiah untukku. apatah lagi tugas sebagai seorang guru...

terasa macam aku lupa akan tanggungjawab yang sepatutnya digalas dengan ikhlas. segala keluh kesah yang aku slalu adukan pada suami, inshaallah hanya akan menjadi sekadar bercerita.
:) jadi, panjang2kan istighfar kita sekiranya kita rasa seperti nak meletup lepas balik kerja. :)

Rabu, April 13, 2011

bile kite bodoh, buatla cara orang bodoh..tapi tolongla mintak tunjuk ajar...supaya hilang kebodohan itu..

tertengok link ni...pasal page yang kumpul awek bertudung tu...

so, dan juga tertengok post2 dari admin page tersebut. (korang bace dah kan?)


ok. bagus. jadi, motif entri ni? aku terpanggil. biasela tu, hot issue, mestila nak wat entri gak. =.='


banyak dah blog yang buat entri tegur psl ni, n aku rase facebook pon da block or remove whatsoever page ni. baguslah, alhamdulillah..pada aku, maruah beratus2 or beribu2 wanita teraniaya ini terselamat...


antara banyak2 blog yang buat entri psl ni, aku cukup tersentuh dengan entri dari en woot woot kita. link?---> (korang takkanla taktau url blog die?? p tengok kat bloglist haku.)


dulu2, mase aku follow blog die, aku agak cam bahasa die agak kasar, walaupon hakikat ape yg die cakap tu betul. aku suke care penulisan die DULU, tapi sekarang aku LEBIH SUKA sebab die lebih bersupan bila menegur. which is i find it better. :)


ok, back to the issue. mcm gak tajuk entri aku, kalau kite rase bodohnye la tindakan kita tu, dan orang menegur secara baik, buatla perangai seperti orang bodoh...
jap, aku tak habis lagi, jangan melenting panas hati tak tentu pasal.
dan...mintaklah tunjuk ajar supaya kebodohan korang tu tak melekat dalam pala otak dan hati sanubari korang.


simple, kalau salah mintak tolong dibetulkan. ape ade masalah? oh ye, kite EGO. 


aku paham, EGO korang mengatasi segala2nya. malu la kan orang tegur pasal salah in public some more. huhu..klu aku pon tercalar ego aku. hmm...senangla cmni kan, pada aku, kalau sendiri tak cari pasal, jangan la melenting klu orang mempasalkan kan kau.


tak pasal2 ko dah jadi tumpuan ramai. hmm..isu pempuan2 bertudung tu. aku pon ade.dulu pon aku suke je tayang2 gmbar2 aku pose sane sini sengih sikit2 bagi nampak comel.
standad, girls love attention. tak dinafikan. =.='


lepas kahwin, aku still gak upload, cume bile 1 hari tu aku tengok balik, n then tengok balik gambar2 pompuan cantik yang lain, komen2 dari kawan2 yang memuji kecantikan, kecunnan, kecomelan sume..aku terpikir...dalam otak banyak tanda soal (????)


1. apesal aku jadi mcm sangat flattered bile orang cakap comel?
2. orang puji tapi kenapa aku tak sedap hati?
3. aku da kawin, patutnye pose2 comel sexy tu hanya untuk tatapan suami aku, tapi apesal aku upload so org lain (yg aku tatau datang dari gua mana) leh tengok?
4. the biggest question ialah, AKU DA JADI RIAK KE? 


jadi, korang faham tak maksud aku? jangan pandang isu ni sebelah pihak. page pengumpul tu, korang do not have any rights to publish n even more to take others' pictures without any permission. (jangan berlindung di sebalik alasan jijik korang yang kononnya nak menghargai keayuan wanita bertudung. respon aku, menghargai your ass!)


pada wanita2 ciptaan Allah, kakak2, dan adik2 ku..biar aku ceritakan pengalaman dengan seorang pakcik peminta sedekah di depan sogo. pesannya, wahai wanita2, jangan terlalu MURAH dengan kecantikanmu. kepada sang isteri, ingat kembali perjanjian antara kamu dan suami ketika menandatangani perjanjian pernikahan. amanah yang kamu pikul besar iaitu untuk menjaga maruah suamimu..(DAN PLEASE ISTERI, MARUAH KAMU ADALAH MARUAH DAN KEHORMATAN SUAMIMU...) 


entri ni terlalu panjang, jangan berair liur basi pula ditinggalkan di sini ye..;p
~salam~

Selasa, April 12, 2011

passion yang dah lame terkubur.tetibe tergedik2 nak buat balik. T.T






macam harom kan? lantak lah. aku memang tak pandai sketch, tapi aku manusia muka tembok.

moral of the story: if u have dream, go for it bebeh!

Isnin, April 11, 2011

patah kaki patah pinggang

lame da rasenye entri2 aku tak bergambar. sebabnye, malas gile nak upload, plus tkde pon gmbr2 yang meng'catch'kan eyes untuk diuploadkan.

dua hari lepas, sabtu n ahad semalam jadual packed denga aktiviti berjalan2 dan beri duit di cashiers merata2 tempat. T.T

semalam aku n husben n kengkawan gedik2 decide nak g kl nek train. the problem is, aku n laki aku nih, rasenye nak dekat 2 tahun kot tak naik tren n apetah lagi berjalan2 di sekitar kl nun. balik2 pon kitorg g jejalan dekat2 ngan umah kitorg je. tak alamanda, g jj cheras selatan...itu je la pon.

so, our journey started at 11 am yesterday. nek tren kat ukm terus ke kl sentral. (laki aku punye la dah tak reti nak beli tiket, siap buat skrip dulu cmne nak cakap nak beli tiket g kl sentral...T.T)

korang tengok je kejakunan kitorg g kl.


pemandu pelancong hari itu.



pelancong2 dari singapura. =.='


pelancong2 dari singapura juge.


err...cinta itu itu asik menjemukan lebih baik single. hahaha, vandalisme sunggoh!


 macam nak carik gaduh je syah. padahal nak oder je pon..


tengah oder murtabak zam zam. tapi nape muke macam tengah dengar ceramah kesihatan.


ok! makanan da oder! lapo3...


bincang hape la dorang neh...


star of the day!!!!...murtabak zam zam. bapak besar dan sedap giloss.
SILA CUBA DI ZAM ZAM RESTAURANT kat tepi KAMDAR jalan TAR, KL.