Khamis, Disember 22, 2011

chocho utk haida

untuk hari pertunangan kamu.:)
semua berbahagia dalam menempuhi masa akan datang.
sila muntah hijau, ayat terlalu buku novel. =.='

Rabu, Disember 21, 2011

FOCUS! don't overlook.

situasi 1

a: eh muke aku macam nabila huda tak? (kenapa nabila huda?)
b: lerr..gile ke ko ni, budak tu dahla sosial, pakai seksi ketat metat, bukak sane bukak sini. takkan nak bangge kot mcm die???
a: ...er...aku kate muke je.yang ko kait2 dgn perangai apesal?

situasi 2

isteri: yang, tau tak kalau merokok boleh sebabkan sperma kurang? kenapa la yayang taknah nak faham perasaan syg. selalu sgt ikut kawan, tu yang isap rokok tu. dahla jarang ade kat rumah, merokok, slalu marah2....bile dapat anak lambat bising. nanti mak kat kampung bising2 kat syg kate syg ni mandul la, tak subur la..!!!!
suami: ??? again?? ape silap abg sbnrnye?
(tak dapat anak? or..sebab merokok? or..kurang mase dgn isteri? or tak faham perasaan isteri? which one?)

situasi 3
pensyarah bagi asaimen tajuk "bagaimana untuk berhenti tidur siang?"
yang ko pegi bagi asaimen cakap pasal definisi tidur, jenis2 gangguan tido, kenapa manusia perlu tido, kalau tak tido ape jadi pade otak bengap ko tu n mcm2 lagi..

again...ape sbnrnye yang pensyarah mintak???

penah tak jadi pade korang? jgn tipu. slalu kan? salah org yang mintak or salah kite?
rasenye bende ni jadi kat org melayu je kot.sori if anyone terasa. but, face it. we do.
kenapa tak fokus? why do we always relate other problems with the existing one? kenapa susahkan pale otak utk bekerja on such irrelevant things?

bile kite tak fokus on the real problem..then we tend to kaitkan dgn benda2 yang merapu. nampak mcm takde kaitan, tp otak kite akan cube rationalizekan hal2 remeh ni untuk jadikan ianya nmpk macam...'woahh...ha..that's what i mean.'
TAPI, tak langsung! kite cube rasionalkan tindakan kite n our judgment. tp sbnrnye we didn't really tackle the actual problem.
faham?
so, tolong, before u make a decision, or say something, please revise back what is it really that u want to say. jangan jadi, dah ludah jilat balik.

Rabu, November 09, 2011

shiba is back yooo!


hai eberibodi!!! caye nak tayang gambar caye balik raye korban hari tu..:)


time ni caye tengah ngantuk...tapi caye memang slalu ngantuk pon. tataula nape..asik nak titon je..mummy pon boring ngan kite..


mummy bes woo..;p die celalu cayang kite. time ni mummy ajak kite tinok spongebob seluarkotak. tapi, kite ngantuk ar...huwaa...

last2, kite titon..hihihi..cian mummy, tengok span kuning tu sorang2...ish2...

hikmah di sebalik hijabmu itu...

this article is wrote by yasmin mogahed . jawapan kepada mereka yang masih tegar untuk tidak bertudung dengan alasan masih belum sampai seru...aduhai...



A Letter to the Culture that Raised Me

Growing up, you read me the Ugly Duckling. And for years I believed that was me. For so long you taught me I was nothing more than a bad copy of the standard (men).

I couldn’t run as fast or lift as much. I didn’t make the same money and I cried too often. I grew up in a man’s world where I didn’t belong.

And when I couldn’t be him, I wanted only to please him. I put on your make-up and wore your short skirts. I gave my life, my body, my dignity, for the cause of being pretty. I knew that no matter what I did, I was worthy only to the degree that I could please and be beautiful for my master. And so I spent my life on the cover of Cosmo and gave my body for you to sell.

I was a slave, but you taught me I was free. I was your object, but you swore it was success. You taught me that my purpose in life was to be on display, to attract, and be beautiful for men. You had me believe that my body was created to market your cars. And you raised me to think I was an ugly duckling. But you lied.

Islam tells me, I’m a swan. I’m different – it’s meant to be that way. And my body, my soul, was created for something more.
God says in the Qur’an, “O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.” (49:13)

So I am honored. But it is not by my relationship to men. My value as a woman is not measured by the size of my waist or the number of men who like me. My worth as a human being is measured on a higher scale: a scale of righteousness and piety. And my purpose in life – despite what the fashion magazines say – is something more sublime than just looking good for men.

And so God tells me to cover myself, to hide my beauty and to tell the world that I’m not here to please men with my body; I’m here to please God. God elevates the dignity of a woman’s body by commanding that it be respected and covered, shown only to the deserving – only to the man I marry.

So to those who wish to ‘liberate’ me, I have only one thing to say: “Thanks, but no thanks.”

I’m not here to be on display. And my body is not for public consumption. I will not be reduced to an object, or a pair of legs to sell shoes. I’m a soul, a mind, a servant of God. My worth is defined by the beauty of my soul, my heart, my moral character. So, I won’t worship your beauty standards, and I don’t submit to your fashion sense. My submission is to something higher.

With my veil I put my faith on display – rather than my beauty. My value as a human is defined by my relationship with God, not by my looks. I cover the irrelevant. And when you look at me, you don’t see a body. You view me only for what I am: a servant of my Creator.

You see, as a Muslim woman, I’ve been liberated from a silent kind of bondage. I don’t answer to the slaves of God on earth. I answer to their King.

 

a journey is about to begin...

 hana irdina

atau...

adam rizqi hizal

kerana kamu adalah rezeki, maka kamu adalah tanggungjawab dan amanah kami.

we'll meet u in the next 4months..selamat datang...:)

Selasa, November 01, 2011

saat ujian yang Kau berikan...

Ayat 286, surah al Baqarah:
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar kepada kami agar kami tidak tersesat dari jalanMu ya Allah...
kuatkanlah hati-hati kami agar kami sentiasa menjadi hambaMu yang bersabar...
tabahkanlah hati-hati kami dan bimbinglah kami dalam mencari jalan keluar dari kesusahan ini Ya Allah..

hanya Engkau yang Sebaik-baik Penolong...amin ya rabbal 'alamin...T_T

Isnin, Oktober 31, 2011

fillet ikan with caramelized orange sauce..pergh kemain aku..

bajet macam finalis masterchef, pastu nak ngorat chef rizz yang berwibawa tu.kikiki..
oh ye, laki aku eksiden jatuh motor semalam.jadinye, hari ini beliau mc kerana habis kaki kirinya bercalar balar berdarah...ish, ciann..

lupekan itu.hari ini mahu mentulis tentang masakan masterchef ciptaan saye.kirenye, aku tengah menjalani invention test la kunun..chuih!

so, tajuk lauk yang menjadi pujaan saya untuk dicipta semalam ialah, kepingan ikan bersama sos karamel oren dan bawang. haa...hambek.punye panjang.

untuk resepi yang tak seberapa ni, korang memerlukan:
bahan utk sos
1 biji oren (diperah jusnya)
sedikit kulit oren yang digilis...(gilis?) gasak, aku tak jumpe pekataan lain.
sebiji bawang holland (yg wane kuning tu) dihiris
sedikit tepung jagung
sedikit air
gula n garam secukup rasa

bahan utk ikan
kepingan ikan (diperap dengan garam n lada hitam)

ok! time to cook!!
cara-cara:
memula sekali adalah perapan kome sume pada ikan tadi perlulah lama supaya rasa lada hitam dapat meresap dengan sempurna.eceh!
then, gunekan frying pan, tapi minyak hanyalah sedikitttt sahaja. kalau boleh sapukan mentega pada kuali. kite taknak banyak minyak. faham? bagus.
untuk kedua-dua side ikan tadi, hanya goreng dalam mase 5minit sahaja.kalau dah nampak perang2 sikit, then it's perfect. pepandai je aku bg tips.
ok, now korang punye ikan leh letak tepi.

kite beralih pulak ke cara2 buat sos karamel tadi.
untuk garnish bawang/carrot, korang goreng bersama2 dengan gula sikit n air dlm 2 sudu besar. 
masak sampai kekuningan keemasan. (goldish brown la kirenye)
tepikan.
tepi sikit.

untuk sos oren tadi, perahan jus tadi masukkan dalam periuk, sedikit air n gula. tambah garam kalau rase perlu sahaje ok. then, masukkan hirisan kulit oren ke dalam sos tadi. 
tak pekatkan?
sebab tu kene masukkan 1/2 sudu tepung jagung kacau sampai jadi kepekatan die just nice untuk buat dip.
ok?

kalau ok, kepingan ikan tadi korang platedkan la cantik2. letak caramelized carrot n bawang atas kepingan ikan, akhir skali tuang sos kat atasnye..


that's it! korang dah leh masuk masterchef dah!!! :)))) selamat mencuba. kot2 tak jadi jangan serang aku pulak ye.;p


Rabu, Oktober 26, 2011

nenek2 si bongkok tiga

malam semalam penuh tragedi, tragedi pulak bersambung hari ini...huwaaa...T_T

dengan kisah terkunci dalam rumah, smpi jiran2 datang mai pecahkan pintu..technician plak sejam lebih call tak datang2.(ko leh bantai tido pulak kan...mengong.)

pastu pinggang aku leh tergeliat pulak dari malam tadi. agaknye kelam kabut, panik sgt kes semalam, dukung anak buah aku lagi...
laki aku lak, leh gelakkan aku pepagi tadi...aigoo

hari ni, pergi ke sekolah dengan ekspresi paling pura2 tahan sakit yang teramat sangat. kenela tunjuk macho depan students, takkan nak buat2 bongkok depan dorang. tak kool la beb!

Selasa, Oktober 25, 2011

jangan buat prangai gini deh!

just got back from bukit bintang temankan my bro bought his super expensive mencekik2 headphone. fuhh! budak itu..sungguh dahsyat!

aku membayangkan standard headphone bebudak yang masih belajar ini adalah price rangenye sekitar rm50-rm100 (which is already quiet pricey for me). tapi tidak2x...

headphone yang my bro bought just now is a heisenser (mungkin..) model precision. sampai lowyat, he went directly to macstudio. (time ni aku dah agak dah, kompem mahal harge headphone budak ni.) first headphone yang menjadi pojaan die, regenye rm699. ye, saya repeat ok..RM699!!! choi!
aku tengok die da ngange2 dah.
camnilah lebeh kurang dialog aku ngan die.
adik aku: ok tak ni yan?
aku: ko tanye eyan. memang blurla pasal gajet2 nih.ko nak beli mane satu?
adik aku: nih. (die tunjuk yang rm699 tu)
aku: @_@ ko ni betul ke tak betul??? wak lu...mahal gile!
pening terus aku..

aku ckp kat die, kite p tengok kedai lain ar. then, die ckp ade satu kedai lain, depan loyat. aku ingat kedai biase la.skalinye...another macstudio! aigoo...

belek2..ade satu headphone ni. die try test cube bagai..die cam puashati gak la.regenye? separuh yang 1st tadi. T_T

so, die tanye aku, mane satu, yang 2nd ke yang 1st. aku pon ckpla, klau eyan, bek eyan beli yang rm89 ni. muahahaha...kompemla die tanak kan...

aku ckp kat die, klu tanye orang normal manepun, klu diberi pilihan antara 2 tu, u better take the 2nd one. still u can listen to some good music right? ayayayai...adik aku..

moral of the story, kepada adik2 saye yang masih belajar lagi, jimat2la duit tu ye..bile dah keje, then u know the value of ur money...if u still have some.aihh...

jangan membazir okeh..

Selasa, Oktober 18, 2011

Allah itu Maha Pemurah, manusia tu je yang kedekut...

saye mempunyai masalah untuk menjawab soalan2 yang saya sendiri tak tahu bile, kenapa dan bagaimana.
ANAK. sape yang taknak anak? semua orang yang dah kawin mesti nak anak. saye n suami pon. tapi, mcm post yang sebelum ni, rezeki kami belum sampai, dan saye taktau bile.

kenapa pon saye takleh nak jawab. mungkin kami banyak dosa yang belum mendapat keampunanNya sehingga Dia mahu memberi kami anak. mungkin kami lalai lupe kepadaNya, atau mungkin rezeki bukan hari ni, bukan esok, lusa atau tulat.mungkin tahun depan, atau mungkin takkan ade anak lahir dari keturunan kami. nauzubillah..tapi mungkin Dia tak bagi rezeki anak kepada kami,maka digantikannya dengan rezeki lain? nikmat kasih sayang dari keluarga? nikmat kasih sayang yang tak pernah putus antara kami suami isteri? mungkin...semua tu ade kemungkinan..
tapi, soalannya..

siapa kita untuk meneka, membuat tilikan untuk masa depan? kite bukan sape2. kita hanya hambaNya. yang sudah berzaman-zaman dan berkali-kali diberi peringatan untuk mengingatiNya. Allahuakbar...

hari ini, sahabat saya bersedih. die juga punya masalah seperti saye. dia mengadu bahawa hati sedang berduka dan apa ubatnya...

maka, hati saya yang sedang berduka ini juga teringat...

surah al-kauthar yang menjadi sunnah nabi kita s.a.w untuk menggembirakan hatinya yang bersedih..

سورة الكوثر
SURAH AL-KAUTHAR
Surah Ni’mat Yang Banyak
Surah (108) - Makkiyah - 3 ayat
بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
( إِنَّا َأعْ َ طيْنَاكَ الْ َ كوَْثرَ ( 1
1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai
Muhammad) ni'mat yang melimpah-ruah.
( َفصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ( 2
2. Kerana itu dirikanlah solah dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana
Tuhanmu.
( إِنَّ شَانَِئكَ هُوَ الَْأبْتَرُ ( 3
3. Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus
keturunan.
Surah ini dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. sama seperti Surah Ad-
Duha dan Surah al-Inshirah. Dalam surah ini Allah hiburkan Rasul-Nya dan
menjanjikannya dengan ni'mat kebaikan yang limpah dan mengancamkan
musuhnya dengan mala-petaka keputusan keturunan dan mengarahkannya
ke jalan bersyukur. Kerana itu surah ini merupakan satu gambaran dari
kehidupan da'wah dan kehidupan penda'wah pada zaman permulaan Islam
di Makkah, iaitu satu gambaran dari angkara dan gangguan-gangguan yang
dihadapi Nabi s.a.w. dan da'wah yang disampaikannya, juga satu gambaran
dari pemeliharaan dan naungan Allah terhadap hamba-Nya dan sekumpulan
para mu'min yang kecil. Allah meneguhkan hati Rasul-Nya, menenangkan
fikirannya memberi janji yang baik kepadanya dan mengancamkan
musuhnya dengan mala-petaka.

Ahad, September 25, 2011

anak kambing patah kaki eyaeyaooo!!!

my dad ade bela kambing.so smlm gedik2 nak tengok kambing. bajet sangat sayang sume binatang, ngan kambing2 pon nak sayang jugak. 

ok.tatau nak cakap cmne.saye excited+takut+menggeletar habis satu badan.

saye pakai singlet husband.ye..T.T sebab habis satu almari saye punggah, baju banyak tapi tak nampak.bute dah kot.baju lain ade, last2 pegi rembat singlet husben.huhuhu..
-how pathetic...


 nampak tak yang putih kecik kat tepi tu? itu anak kambing angkat saye.haha, name die TORI. how cute...alololo..

 ok, seb baik dalam kamera takde aplikasi motion, kalau tak konfem boleh nampak how scared i was, satu badan menggigil.bajet ko sayang kambing, tapi masuk2 dalam tu terus nangis2 nak kuar.huhu..

 time ni da brani sikit.kite bagi makan fries mcD ok..kelasss kambing2 abah..

 ni sume pakat nak kejar aku, nak mintak fries lagi..

 nak balik dah. kalau prasan 3ekor tu tengah khusyuk tengok aku.statik je..alalala, tomey2..

bubye goatie!!!

Sabtu, September 24, 2011

amatur memang begini

'ter'lukis baju baru. kain pon dah beli, tapi taktau nak suh sape yang jahit.hewhewhew..

*sile la kutuk membina.saye memang tak reti melukis y'alls..;p

Rabu, September 21, 2011

workaholic vs anakholic

"kalau most of the days dalam bulan tu tiada di rumah, macammane nak buat anak kan? kan? kan?"

emosi tengah tak stabil. >.<

Isnin, September 19, 2011

a stew-pido question u shouldn't ask a married woman.

there are soooo many stew-pido questions being asked to a married girl (which u SHOULD NOT ask at all!) n below, are some of them.

1. eh, nape skang da makin besar ko ek..?
jawapan dalam hati: ko nak kene lempang?

2. la..ingat dah kawin makin membesar, ni aku tengok ko ceno'et je..susah hati ke weh?
jawapan dalam hati: ape? ko ingat kawin je kembang? kawin je kembang? suke aku la!

3. situasi: bile pindah umah sewa yg biase2 je.
    weh, nape tak duk umah besar sikit..siannye la aku nengok rumah ko ni.
jawapan dalam hati: bapak takde insurans mulut ko ni.kang ade yang makan pintu kot...

4. eh, ni langsir tahun lepas ek? tahun ni tak tukar2 ke?
jawapan dalam hati: hek'eleh..kerek lak ko kan...ko kaye sangat sponsor la aku satu set.

5. soalan paling pantang aku dengar. "weh, dah ade isi ke belum?"
"bile nak ade baby ni?" / "lame dah kot ko kawin, takkan takde pape lagi?"
jawapan aku BUKAN dalam hati: cik/encik/pakcik/makcik/tuan/puan, manusia ni ade bahagian masing2, orang lain dah dapat bahagian die, ALHAMDULILLAH la..saye ni belum lagi, masih lagi ALHAMDULILLAH la jugak..sebab saya tau ALLAH dah sediakan bahagian untuk saye nanti. kalau nak tau sangat bile, tanye la DIA.

sekian.

Jumaat, September 16, 2011

entry mengada: outfit of the day!

(fasyenis2 punya gambar2 sendiri memakai designers' clothes and shoes and handbags...)
oh, i couldn't afford such high-end lifestyle. hihi..

so, saye rase ramai yang punya dilema seperti saye. wanna look good without having to worry about how much money u've to sacrifice.
to hijabis/muslimah/gegadis/gegirl di luar..kamu buleh saje kelihatan updated tetapi masih supan. tak perlu kuar banyak duit pon...
hari ni saye pergi beraya. n mcm biase, punggah almari untuk cari outfit yang selesa n look nice on me.
*shiba pun terlibat dalam proses ini ok.die adelah stylist saye.

so, i came up with....







pashmina: ntahla, pasar mane tah.seploh hengget je..
top: beli kat klantan, kedai siam, rm49.90
maxi skirt: kat wakaf che yeh nye pasar malam, rm39.90
*kenapa saye pose sedang pening kepala? =.='

tanye aku? memang baju2 aku murah2 je. simpan duit, n sedar diri sebenarnye.hehe


me n hubby, mase beraya kat umah kawan kami.
~xoxo~

p/s: x perlu pergi designers' boutique if u wanna look good. yg penting, 'terjaga'...:))

salam

Selasa, September 13, 2011

wordless wednesday : like father like daughter

wordless wednesday la konon, padahal nak cakap gak.kuikuikui..



daddy sayang shiba
shiba sayang daddy
mummy sayang daddy n shiba

~xoxo~


Jumaat, September 09, 2011

katil hape mahal sgt???


ececeh...sonok le tu dapat katil baru..kemain ko ek..
shiba bajet macam kucing yg dalam iklan royal feast tu. tinggal nak ade orang kipas kiri kanan je kan..



mate bolat sebab belagak dapat katil mahal. kelass kau maria..
kopak mummy ko kan.. T.T

tula laki aku kate, shiba tu tinggal masuk sekolah je. masuk sekolah, jadi orang terus. muahahaha..

Rabu, September 07, 2011

memori kecik2.-part1

mase kecik2 dulu, agak2 lam umo 4-5 tahun la, aku slalu ikut akak2 aku semayang.
dorang kene bantai ngan abah je suh g semayang, aku pon kedek2 bentang sejadah gambar kaabah terbalik pon aku bedal je kat sebelah dorang. padehal mane reti nak bace bacaan dalam solat.

satu hari tu tak silap aku kakak2 aku ni nak semayang isyak kot. eceh, umo 4 tahun dah tahu isyak.haha. aku tau la dol, mase tu malam. cett!

so, cam biase ar..gaduh2, tolak2 ngan akak2 aku sebab konon nak semayang gak. (ok, tak pakai pon telekong tu..) aku mane ade telekong mase umo tu. udahnye? la...pakai la celana pendek same t-shirt batman aku g smayang. kental...

aku tanye akak aku, brape kali nak turun? (taktau nak tanye rakaat kan..) akak aku pon cakap 4kali..oo..ok2..

so, aku pon..angkatla tangan..(takbir ye..) pastu aku tengok akak aku kat sebelah ngah kumat kamit mulut die. tapi taktau la bace ape kan..

dalam hati, hmm pebenda la along ngan eda ni bace. buat pengetahuan korang, aku mase tu baru je dengan banggenye dah boleh bace abc ngan alif ba ta dengan lagu. haha, ye...aku tau ape yg korang pikirkan.

dengan selamber dok ohnye, aku pon nyanyi ABC, YE...AKU NYANYI ABC OK...untuk rakaat pertama. dan..aku nyanyi kuat2. T.T

rakaat kedua..aku nyanyi alif ba ta pulak.hahaha.. pastu, dah kate 4 rakaat kan..so aku rewind la balik kaset aku.hadoii...

bile habis semayang, aku dengan eksaitednye turun bawah, kedek2 cakap kat abah aku semayang. pastu abah tanye la, adik bace ape mase semayang.

dengan baanggenye...

"ADIK BACE ABC DENGAN ALIF BA TA.." (sambil kembang hidung konon betulla bacaan ko tu kan..)
*pics credit to Google
so, lepas2 tu abah n mama ajar aku secara intensif bacaan yang betul dalam semayang..hihi

Selasa, September 06, 2011

selamat hari raya yang mulia

selamat hari raya semua...(giler mundur 7hari saye ni...)

kisah hape kan..raye itu dirai selama sebulan. ;p
tahun ni gamabr raye takde, adela...2 3 ketul itupon tak brape clear. sebab? tahun ni raye sangat kelam kabut. masing2 tak ingat nak begambar sgt. sume bizi nak makan la...nak layan budak2 kepoh tu la..(keje i la tu..layankan je..) so, terlupe terus nak amik gambar. gambar ngan hubby pon takdak. ciann...

so, ni je lah yg mampu di pagi raya. oh ye, we have a new member! name die baby amir afiq. sgt comel u'olls.. (dah baby kompemla comel kan.)



baby afiq yang comel gile...wuuu..nangis2..
si nuha sara tu tak reti duduk elok2. kalau tanye sara boy ke girl, laju je jawab..'boy'. T.T
reena nak buat peace..menjadila juge..haha

time ni ngah lam kete nak g umah nenek.muke dah penat dah..

so, itu je la.takde pon gambar aku ngan hubby. .T.T

Isnin, September 05, 2011

nak update jugee...;p

tengok blog sume orang update pasal raye masing2. aku nak gak, tapi gambo pon tahun depan baru nak upload masuk lappy. (almaklum, saye budak pemalas sedunia. -.-')

tunggu episod akan datang la ye, nanti beli tiket tengok gambar2 tu..

ekceli, nak cerite.raye tahun ni adelah raye saye yang kesiannnnn sangat. sebabnye, padah makan macam2 pastu tak ikut time. lepas tu gedik2 pegi dinner pukul 12tgh malam.memang esok ceri-beri, muntah terbelahak habisla..sampai toilet pun nyampah tengok.
'eh, asik muke kooo je yang masuk ni ape ke hal?' konon toilet boleh cakap..

dah ceri-beri n muntah, datang demam pulak.memang terbaikla. gigil2 salam mak pak mentua. bau badan dah macam kilang buat minyak angin kan..stress!

balik umah, dalam kete, surrender awal2 cakap kat hubby nak tido all the way back to home buleh?

seb bek i dapat hubby montel dan berjiwa penyayang u...:P haha, gedik sungguh!
sampai umah sg besar, mom suruh jangan balik kl lagi.hold dulu 1 hari. oh no no no...my baby kat sane sedang menunggu. sian anak mummy. my sis yang tolong jagekan kate, shiba merajuk sebab kene tinggal 4 hari. (klu mummy pon ceri beri, muntah2, n demam sebab jalan jauh, ini kan pulak ko nak...) merajuk sampai tanak kuar toilet...ish2..cian2..

gagahkan la i balik malam tu jugak.smpi2 umah..fengsan...tido sampai esok tak sedar pape, bangun2 hubby calit jari kat muke pastu cakap.."hehe, muke ayang oily gile..."

T__T ucapan selamat pagi yang penuh romantis syg..

oh, bace metro tak ahad lepas? pasal 16 kucing yang hantar boarding kat 1 petshop ni, mati kebuluran. the rest kurus kering n nazak sebab kelaparan. kejam kot!!! memang menempah masuk neraka la ko kan. kuang ajo buat cmtu kat meow! seb bek shiba tak masuk boarding...kalau tak...erk, nauzubillah..

klah, nak sambung buat the most boring routine after puase..oh! seronok la anak murid i hari ni, i janji nak bagi duit raye. (padan muke ko, janji macam2 lagi. kering purse tu makan megi je la ujung bulan...)

bye guys

Rabu, Ogos 24, 2011

lega tapi takut

hari ni dah buat mulut ni cakap benda yang tak sepatutnye. oi mulut! suke2 je cakap ye..! haih...nak telan balik pekataan2 yang kuar pagi tadi, memang da tak boleh la.melainkan mulut saye ade sistem berasingan yang ade tong sampah sendiri. kutip balik, tonyoh masuk balik dalam hati. duk diam2 je kat situ.

esok kene ngadap PK KOKO.mampus la aku...tula, sape suruh g ngadap pengetua cakap pasal sendiri tak larat buat keje.kan da masuk mesyuarat pengurusan. terbaikla raihan!

lepas esok, mesti da takde semangat mau raye. baju raye ratus2 beli sile simpan je dalam gobok tu elok2. nanti pagi raye, tengok je dengan hati yang sayu.sekian. padan muke. T.T

tapi orang kate berani kerana benar kan? takut kerana salah. jadi kenapa aku beria2 takut padehal aku cakap yang benar? hekeleh...saspens je..(konon nak sedapkan hati, tapi takde gune ponn...)

besok saje update. klu tak update esok, maksudnye saye sedang gundah gulana, perlu makan gula banyak untuk sembuh. owhhh....

nota kaki: tolong berdoa untuk saye..mekaseh..sayang kamoo semua..

Khamis, Ogos 18, 2011

shiba is back yo!!!!

ahha! that's right!!!

shiba is back!!! weehooo....!!!

(serius bajet..-.-')

 shiba : mula2 kite sepahkan baju mummy dulu k...duk jap lam gua ni..
mummy : ape kate kalau shiba tolong mummy lipat baju?
shiba : hmm...tengokla dulu camne...
haih...
 shiba : mummy! it's play time!!!
mummy : orait dear....(yawning...)
shiba : mummy!!!
 shiba : what is that??? @.@
mummy : it's nothingla...

shiba : mummy! tengok shiba dapat ape...hehe...
mummy : a ribbon? so...?
shiba : ekeleh mummy ni..kerek plak...pfftt
-.-'

p/s : owh, by the time i write this entry, shiba is laying on her back n tummy's up. suruh digaru2 perutnye yang tebal itu...

anak mummy....haihh..

Khamis, Ogos 04, 2011

salam ramadhan al-mubarak

assalamualaikum...

ade orang ke tu?? ;p

lame sungguh la aku tak update blog nih. besawang2 bagai dah ni..
nak update mendenye, idea kering kontang, bizi memanjang...haih..

(sbnrnye aku update ni pon bukan ade idea pon..T.T)

ramadhan datang lagi, alhamdulillah..syukur, masih berpeluang menikmati bulan rahmat dari Allah..
hari pertama puasa, keluarga mentua ada di rumah, so seronok dapat terawih same2, sahur same2.meriah sikit. hari pertama gak runny nose, tapi teruskan jugak. hubby kate sakit ni Allah ringankan dosa2 kecil...aminn

hari kedua n ketiga, da stat sekolah...balik2 sekolah sampai rumah pon da nak dekat berbuka. kelam kabutla nak masak kat hubby.sian syg..;)
seb bek dapat laki jenis tak cerewet. hihi

ok, da start merepek.kan dah cakap, mane de idea nak entry!! huuuu...(pastu mesti ade yg bace ni cakap, ler...da tau takde idea yang ko g update buat ape???) ntahnye aku ni, da tau takde idea, pi gatal tangan wat update. sengal...

ok, tak2...tujuan entri ni dibuat, untuk menghilangkan rindu kamu semua yang membaca..(sile lah muntah..tapi batalla puase korang kang..;p)
ok serius!! tujuannye adalh untuk berkongsi semangat berpuasa yang saye ada dan menyeru kepada semua, supaya jangan mensia-siakan bulan yang penuh dengan kasih sayang Allah kepada hamba-nya...

jadi, adik2, kakak2, abang2 atuk2, nenek2, mak2 atau bapak2 yang membaca, didiklah anak2 kamu, adik2 kamu, anak buah kamu, anak jiran, anak murid kamu supaya berpuasa di usia yang muda...semoga generasi2 muda ini dapat memperjuangkan agama Allah di masa akan datang..

aminn..

so guys! berpuasa ok!!! hihi, nak chow. ade kelas. babai!!!!

assalamualaikum...

Selasa, Jun 07, 2011

visualizing is very important! ingat tu...

i did a sketch of how i want my 'new' shawl to be like. n it's a mix of hoodie-thing and also it's very silky. i was skeptical at first on the execution as this is my first time doing it. u know, when u decide to make a shawl out of silky satin thing, u have to prepare the risk of getting frustrated from the effort of putting it on ur head, neatly.

so, i take that challenge and few trials were so predictable (as i have chosen pieces of not-so-good satin...=.=' silly me). they were very difficult to drape, to wrap even more difficult that i could imagine in the first place. they were not nicely fall,n u have bulky buffalo all over ur neck.euww...

it was frustrating indeed, but my mind keep racing on the next solution. hihi. so, i went to nagoya again, n found a very soft, light n beautiful piece of satin. this time, i was definitely a 100% sure that this is the perfect one for me.
 the same process went all over again. owh, i did not sew them by myself, lol, i don't have sewing machine. so, i asked my friend to sew them. and her work, is remarkably amazing. :)

well, i just received it yesterday, n did try a few styles n guess what? I LOVE IT!
so, check it out!
note : ignore my pale face..booo...
so, what do u think? lemme know! :)

~xoxo~

Isnin, Jun 06, 2011

sweet sugar

kamu sungguh manis seperti sugar. :)
walaupun sedang statik nak tangkap cicak, kamu tetap sugar di hati mummy. muah2 untuk kamu.


Selasa, Mei 31, 2011

i see rainbow when i see you. :)

nota : entri ini bukanlah entri jiwang2 yang hatinya bertaman bunga melati dan cempaka. entri ini dibuat atas dasar mengimbas kembali kasih dan sayang seorang mommy kepada anaknya yang baru saja menginjakkan diri ke umor 1 tahun.

entri ini juga adalah untuk mengkhabarkan pada semua bahawa dia bukan sahaja 'kesayangan' saya, dia juga bantal peluk, tisu yang leh di lap2 kala tangan basah, kawan sepermainan (main kejar2, kish2, pelok2, tido2..)--ha..pikir lain la tu korang tu. aish!

lame da tak buat entri pasal anak aku shiba tu kan. aksi terbaru budak ni, bile aku beli rak nak letak kat dapur malam tadi. korang saksikan la ape yang shariba al-kunti ni buat dengan rak tu.





siap jelir lidah lagi tu. =.='
ni lah 'anak' aku...sekor die je. malam2 nak tido pun, die kompem tido antara aku ngan laki aku. sampai laki aku cakap, "yang, kite prektis konon2 da ade anak kang cmnila ek..."
huhu...

Selasa, Mei 24, 2011

a comeback should starts freshly. ~hoping so...~

how about a teaser of the project i'm working on rite now? hihi..
(always keep it real how i'm far off from a superb designer. =.=')

silky satin, very soft and nicely fall on your curvy body.

====================================================================

p/s : will update the end result soon. hopefully!

-xoxo-

Sabtu, Mei 07, 2011

movie review: seru (serammmmmss)

despite the fact that i'm actually a coward, a chicken when it comes to ghostly things, dengan gagah beraninye mengajak suami untuk tengok citer seru. 


hambek kau. seram kot. 
so, the story is about..(korang slalu bace lam paper kan sinopsis cite ni.) tapi aku saje je nak story lagi. 
"mengisahkan sebuah produksi yang tengah shooting cerita 'Jangan Bernafas' yang dibintangi nora danish, pierre andre n awal ashari..ku. mase dorang tengah2 shooting tu, tetibe sorang krew kene histeria. (meracau2 tetengah hutan weh..) n then berjangkit plak kat dorangnye makeup artist yang tetibe pegi masuk dalam hutan. tetengah malam pulak tu. mengong. so, adventurenya n horror start kat situ la. dengan tetiba rasukan jadi pembunuhan bagai kan...

yang bestnye cite bergenre slasher nih, quality gambar sgt best, yela slalu klu slasher movie gambar mesti kamera cap ayam kot dorang pakai. maksudnye, gelap je...nak tengok pon kebil2 mate. tapi pierre andre aku leh kate die da study on this kind on genre and viewers' taste on movies like this. 

plot menarik, n sometimes ade jugak persoalan yang tak terjawab. (pesen aku kalau tengok cite mesti nak cari point2 yang aku rase tak relevan or tak ngam ataupun tak related.) tapi utk movie ni, walaupon ade la yang macam tetibe leh wat ko rase..'eh, pesal lak mamat ni jadi cmni? ape jadi kat budak tu? apesal? apesal? napekah?' haa..persoalan2 yang camtu la.,tapi ko still leh layan dengan khusyuk sebab cite ni best. serius best!

so, untuk korang2 yang tengah mencari2 cerita ape nak ditonton weekend ni, ape kate, KITE SERBU RAMAI2 tengok cite ni okeh??? :) 

p/s: aku pesan sape2 yang ni g tengok citer ni, korang bawaklah ape2 yang boleh menahan pandangan korang, kot2la ade yang alergik tengok darah kan...hihi

Rabu, April 27, 2011

tak bersuara bukan bermaksud saya takda idea.

slalu orang cakap, (bila di dalam perbincangan, ada ahli yang senyap) ahli yang senyap membisu itu kurang ideanya, tak reti apa, kepala takleh pakai. yela, kawan tengah hangat bincang isu macam2 kan. (ops, bukan mengumpat ye, berbincang...) hmm

yang senyap itu juga mungkin disalah tafsir barangkali (bila di luar perbincangan, tanpa si ahli itu hadir), dikatakan
1. 'ish, die ni spy kot nih.duk dengar je...' ,
atau pun,
2. ' busan dowh sembang ngan die, bukan reti ape pun.senyaaap je...',
mungkin jugak ,
3. 'eh, budak ni bukan leh geng ngan kite.kite havoc, tak happening la kalau geng kite ade yang senyap..'

...................
 mungkin la kan...aku tak cakap betul2 jadi pon..

kalau ade yang perasan, dah lame aku tak tulis entri. lame gile kot. tapi dalam dunia blog ni, aku wujud lagi, masih lagi aktif berblogwalking secara senyap.
aku nah baca, nak jadikan traffic blog ko mantop, mencanak2 naik, kene slalu promote n entri pon kene hebat.

tapi....hebat itu hebat yang bagaimana? jadi, aku konklusikan hebat yang dikatakan itu, adalah apabila entri yang ditulis mendapat banyak komen, dan 'like' dari readers. (ye la, tak hebat orang tak bace. ye dak?)

kawan aku cakap, buat entri biarla entri yang membina, bermanfaat, ada pengisian, punya hala tuju entri yang dibuat. fuhh! banyak gak yang kene difikirkan nak buat entri nih.

teringat pulak mase blogwalking bulan lepas. dah nasib aku tersampai di satu blog anak remaja (budak sekolah). tajuk entri sangat catchy, otomatiknya menarik perhatian aku untuk baca. susunan plot entri bagus, menceritakan bagaimana perjalanan blogger tersebut yang nak balik kampung. bila di tengah2 entri, aku terfikir, "masih belum sampai klimaks cerita ke? rase2nye scroll down button aku da hampir habis."
takpe, teruskan je.....sampaila aku kat titik noktah.

ceritanya? hmm, hanya bercerita apa yang dibeli di shell ketika dia balik kampung. wat de...???


menung panjang aku. jadi, di mana pengisian cerita tersebut? apa yang bermanfaatnya? entri itu sengaja ditulis ke? ataupun sebab kehabisan idea? pada aku, baiklah senyap jika tiada idea. kalau da tau takde idea nak tulis ape2, tapi tangan duk gatal nak tulis jugak, entri itu nanti hanya akan mengundang meluat orang pada kita. 


aku senyap, entri lame tak buat bukan sebab aku tkde idea. sebab aku memerhati. dunia blog yang aku masuk tahun 2007 dulu bukan lagi dunia blog yang skarang. (tanda diri sendiri dah seasoned). takpelah, dunia da maju, zaman pun da berubah...


so, pada aku, biarlah senyap dari merapu tak tentu pasal. a question popped out as i'm about to finish this entry, : "pernah tak baca balik entri korang sebelum publish?"


sebab, pada aku.if u ever have the time to re-read your penulisan, then u'll know the quality of it.

Jumaat, April 15, 2011

kalau kita rase malas nak kerja...

aku suka jadi cikgu. tapi kadang2 aku rase menyampah dengan birokrasi yang wujud, menyampah dengan anak2 didik yang kurang ajar, tak ikut cakap, meluat dengan kerja yang bertimbun2 atas meja.

bila balik rumah, penat2...kadang2 aku rase hilang sabar bila memikirkan masih banyak lagi rupanya kerja yang menunggu aku di rumah. mana nak melayan sang suami yang itu ini meminta dilayankan..mana nak menyiapkan kerja sekolah yang terpaksa dipikul balik sambung di rumah. nak memikirkan apa pula fe'el murid yang aku nak kena hadapi esok harinya...

pendek kata, aku banyak mengeluh...merungut..berkeluh kesah..
sampaila hari ini, bila kala aku 'ter'dengar (bukan mendengar) T.T tazkirah di radio dalam perjalananku ke sekolah, seroang ustaz bercerita tentang sebuah hadis.

dalam sebuah hadis itu menceritakan tentang Mu'az bin Jabal yang bersalaman dengan Rasulullah s.a.w. baginda bertanyakan kepada Mu'az kenapa kedua telapak tangannya kasar.. Lalu Mu'az pun menjawab, "aku menggunakannya untuk menghayun kapak membelah kayu ya Rasul Allah s.a.w." Baginda lalu menjawab, " Sesungguhnya kedua tapak tanganmu ini dikasihi Allah s.w.t."
> seberat, sepayah, seletih mana pun pekerjaan kamu, ingatlah, jika ianya disandarkan atas niat mencari rezeki yang halal, Allah akan menyediakan ganjaran untuk kita..inshaallah..(sempena Hari Pekerja akan datang..)

terfikir kejap. selama ini, aku tak pernah memulakan perjalananku ke sekolah dengan hati yang senang. sebab aku hanya memikirkan kesusahan, kedegilan pelajar2 yang bakal aku lalui setiap hari..tak pernah sehari pon aku berfikir akan ganjaran yang Dia sebenarnya sudah menyediakan hadiah untukku. apatah lagi tugas sebagai seorang guru...

terasa macam aku lupa akan tanggungjawab yang sepatutnya digalas dengan ikhlas. segala keluh kesah yang aku slalu adukan pada suami, inshaallah hanya akan menjadi sekadar bercerita.
:) jadi, panjang2kan istighfar kita sekiranya kita rasa seperti nak meletup lepas balik kerja. :)

Rabu, April 13, 2011

bile kite bodoh, buatla cara orang bodoh..tapi tolongla mintak tunjuk ajar...supaya hilang kebodohan itu..

tertengok link ni...pasal page yang kumpul awek bertudung tu...

so, dan juga tertengok post2 dari admin page tersebut. (korang bace dah kan?)


ok. bagus. jadi, motif entri ni? aku terpanggil. biasela tu, hot issue, mestila nak wat entri gak. =.='


banyak dah blog yang buat entri tegur psl ni, n aku rase facebook pon da block or remove whatsoever page ni. baguslah, alhamdulillah..pada aku, maruah beratus2 or beribu2 wanita teraniaya ini terselamat...


antara banyak2 blog yang buat entri psl ni, aku cukup tersentuh dengan entri dari en woot woot kita. link?---> (korang takkanla taktau url blog die?? p tengok kat bloglist haku.)


dulu2, mase aku follow blog die, aku agak cam bahasa die agak kasar, walaupon hakikat ape yg die cakap tu betul. aku suke care penulisan die DULU, tapi sekarang aku LEBIH SUKA sebab die lebih bersupan bila menegur. which is i find it better. :)


ok, back to the issue. mcm gak tajuk entri aku, kalau kite rase bodohnye la tindakan kita tu, dan orang menegur secara baik, buatla perangai seperti orang bodoh...
jap, aku tak habis lagi, jangan melenting panas hati tak tentu pasal.
dan...mintaklah tunjuk ajar supaya kebodohan korang tu tak melekat dalam pala otak dan hati sanubari korang.


simple, kalau salah mintak tolong dibetulkan. ape ade masalah? oh ye, kite EGO. 


aku paham, EGO korang mengatasi segala2nya. malu la kan orang tegur pasal salah in public some more. huhu..klu aku pon tercalar ego aku. hmm...senangla cmni kan, pada aku, kalau sendiri tak cari pasal, jangan la melenting klu orang mempasalkan kan kau.


tak pasal2 ko dah jadi tumpuan ramai. hmm..isu pempuan2 bertudung tu. aku pon ade.dulu pon aku suke je tayang2 gmbar2 aku pose sane sini sengih sikit2 bagi nampak comel.
standad, girls love attention. tak dinafikan. =.='


lepas kahwin, aku still gak upload, cume bile 1 hari tu aku tengok balik, n then tengok balik gambar2 pompuan cantik yang lain, komen2 dari kawan2 yang memuji kecantikan, kecunnan, kecomelan sume..aku terpikir...dalam otak banyak tanda soal (????)


1. apesal aku jadi mcm sangat flattered bile orang cakap comel?
2. orang puji tapi kenapa aku tak sedap hati?
3. aku da kawin, patutnye pose2 comel sexy tu hanya untuk tatapan suami aku, tapi apesal aku upload so org lain (yg aku tatau datang dari gua mana) leh tengok?
4. the biggest question ialah, AKU DA JADI RIAK KE? 


jadi, korang faham tak maksud aku? jangan pandang isu ni sebelah pihak. page pengumpul tu, korang do not have any rights to publish n even more to take others' pictures without any permission. (jangan berlindung di sebalik alasan jijik korang yang kononnya nak menghargai keayuan wanita bertudung. respon aku, menghargai your ass!)


pada wanita2 ciptaan Allah, kakak2, dan adik2 ku..biar aku ceritakan pengalaman dengan seorang pakcik peminta sedekah di depan sogo. pesannya, wahai wanita2, jangan terlalu MURAH dengan kecantikanmu. kepada sang isteri, ingat kembali perjanjian antara kamu dan suami ketika menandatangani perjanjian pernikahan. amanah yang kamu pikul besar iaitu untuk menjaga maruah suamimu..(DAN PLEASE ISTERI, MARUAH KAMU ADALAH MARUAH DAN KEHORMATAN SUAMIMU...) 


entri ni terlalu panjang, jangan berair liur basi pula ditinggalkan di sini ye..;p
~salam~

Selasa, April 12, 2011

passion yang dah lame terkubur.tetibe tergedik2 nak buat balik. T.T






macam harom kan? lantak lah. aku memang tak pandai sketch, tapi aku manusia muka tembok.

moral of the story: if u have dream, go for it bebeh!

Isnin, April 11, 2011

patah kaki patah pinggang

lame da rasenye entri2 aku tak bergambar. sebabnye, malas gile nak upload, plus tkde pon gmbr2 yang meng'catch'kan eyes untuk diuploadkan.

dua hari lepas, sabtu n ahad semalam jadual packed denga aktiviti berjalan2 dan beri duit di cashiers merata2 tempat. T.T

semalam aku n husben n kengkawan gedik2 decide nak g kl nek train. the problem is, aku n laki aku nih, rasenye nak dekat 2 tahun kot tak naik tren n apetah lagi berjalan2 di sekitar kl nun. balik2 pon kitorg g jejalan dekat2 ngan umah kitorg je. tak alamanda, g jj cheras selatan...itu je la pon.

so, our journey started at 11 am yesterday. nek tren kat ukm terus ke kl sentral. (laki aku punye la dah tak reti nak beli tiket, siap buat skrip dulu cmne nak cakap nak beli tiket g kl sentral...T.T)

korang tengok je kejakunan kitorg g kl.


pemandu pelancong hari itu.



pelancong2 dari singapura. =.='


pelancong2 dari singapura juge.


err...cinta itu itu asik menjemukan lebih baik single. hahaha, vandalisme sunggoh!


 macam nak carik gaduh je syah. padahal nak oder je pon..


tengah oder murtabak zam zam. tapi nape muke macam tengah dengar ceramah kesihatan.


ok! makanan da oder! lapo3...


bincang hape la dorang neh...


star of the day!!!!...murtabak zam zam. bapak besar dan sedap giloss.
SILA CUBA DI ZAM ZAM RESTAURANT kat tepi KAMDAR jalan TAR, KL.